Digital clock - DWR

Wednesday, November 19, 2014

Air Mata Saari Amri

Saari Amri  :  Komposer lagu "Gerimis Mengundang" yang telah dialih bahasakan kepada 20 dialek Nusantara.

ISBN :  978 967 12 2260 7
Harga buku  :  RM50 sebuah ( termasuk harga pos untuk Semenanjung Malaysia /  Sabah /  Sarawak )

Penerangan tentang buku Air Mata Saari Amri

Saari Amri bukan sebarangan manusia.  Dia boleh dianggap luar biasa justeru mencapai tahap puncak dalam kariernya sebagai komposer setelah mengalami jerih payah dan pahit getirnya laluan kehidupan yang merentang jalannya.  Kalau tidak pun dianggap lagenda,  Saari Amri adalah ikon terhebat dalam industri muzik tanah air.


Saari Amri yang lahir di tengah-tengah kepayahan dan penderitaan,  tanpa sijil dan ijazah yang bergulung,  terlepas dari sentuhan manja zaman kanak-kanak dan terpaksa dewasa sebelum usianya lagi mampu untuk bersinar dalam kegemerlapan dunia hiburan.  Dia menyerlah setelah ujian hidup alah dengan tekad dan azamnya yang kental.  Dia mampu bangun walau dalam keadaan terpukul lemas oleh badai yang ganas.  Dia mencipta keluarbiasaan dalam keadaan serba keterbatasan dan kekurangan.  Dia mengulit frasa kata berfalsafah dalam bahasa puitis yang mengagumkan.  Tidak hairanlah jika lagu "Gerimis Mengundang" gubahannya dialihterbitkan dalam 20 dialek Nusantara.  Satu-satunya pencapaian anak seni yang melangkau piawaian keantarabangsaan.  Ini meletakkan Saari di dalam kelasnya yang tersendiri,  apatah lagi setelah mengambil kira ciptaan-ciptaan penuh ekspresif itu dihasilkan oleh seorang bekas pemanjat kelapa,  buruh kontrak dan anak yang terabai kasih sayang pada ketika perlunya.




1 comment: