Thursday, November 20, 2014

Pantun

Ekskuisit Belantara namanya diberi,
Menerbitkan buku satu perniagaan,
Marilah baca kisah Saari Amri,
Sebelum senang apa keadaan.

Wednesday, November 19, 2014

Air Mata Saari Amri

Saari Amri  :  Komposer lagu "Gerimis Mengundang" yang telah dialih bahasakan kepada 20 dialek Nusantara.

ISBN :  978 967 12 2260 7
Harga buku  :  RM50 sebuah ( termasuk harga pos untuk Semenanjung Malaysia /  Sabah /  Sarawak )

Penerangan tentang buku Air Mata Saari Amri

Saari Amri bukan sebarangan manusia.  Dia boleh dianggap luar biasa justeru mencapai tahap puncak dalam kariernya sebagai komposer setelah mengalami jerih payah dan pahit getirnya laluan kehidupan yang merentang jalannya.  Kalau tidak pun dianggap lagenda,  Saari Amri adalah ikon terhebat dalam industri muzik tanah air.

Pengenalan kepada Ekskuisit Belantara

Ekskuisit Belantara adalah sebuah syarikat perkongsian yang telah berdaftar dengan rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2013.

Nombor pendaftaran perniagaan kami ialah 002211699-W.

Kami menjalankan perniagaan berkaitan dengan penerbitan, perkhidmatan pengurusan,  latihan,  kursus,  seminar, motivasi dan ekspo.

Produk pertama yang telah dikeluarkan oleh syarikat kami ialah sebuah buku biografi "Air Mata Saari Amri",  iaitu kisah hidup komposer terkenal Saari Amri sebelum beliau menjadi terkenal.